Monday, October 19, 2009

Hukum Terbalikkan Tangan Sewaktu Berdoa Dan Lain-Lain

1)Pernah kita lihat ada orang yang terbalikkan tangannya semasa berdoa sebagai tanda menolak bala, adakah amalan ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.?

Maka jawabnya berlaku 2 persoalan dalam masalah ini, yang pertama pernahkah Nabi S.A.W. terbalikkan tangan semasa sampai pada ayat doa untuk menolak bala?
Dan persoalan yang kedua, adakah dibolehkan terbalikkan tangan sebagai isyarat untuk menolak bala? kerana ada perkara yang Nabi S.A.W. tidak buat tapi kita boleh buat. Contohnya mengundi ketika pilihan raya, zaman Nabi S.A.W. tiada mengundi seperti pilihan raya sekarang ini, jadi waijb atau tidak kita mengundi? Maka jawabnya hukum mengundi adalah wajib. Ana bagitahu ini kerana ada orang yang berkefahaman atau berfikir kalau Nabi S.A.W. tak buat kita tak boleh buat. Kita sekarang kena belajar, jangan ikut orang sahaja, ada perkara Nabi S.A.W. tak pernah buat tapi kita boleh buat.
Mengenai persoalan ini terbalikkan tangan ini, jadi jawabnya satu sahaja yang datang dari hadis sahih, Nabi Muhammad S.A.W. terbalikkan tangannya HANYA ketika peristiwa solat istiyshqot iaitu solat minta hujan (boleh rujuk sahih muslim dan kitab seumpamanya) kerana kemarau terlalu teruk waktu itu, maka apabila sampai separuh doa, Nabi Muhammad S.A.W. telah terbalikkan tangan terang-terang atau jelas-jelas di hadapan sahabat iaitu bahagian zahir tangan itu menghadap ke langit (maksudnya tapak tangan iaitu yang berwarna putih menghadap ke bawah dan bahagian belakang tangan menghadap ke langit iaitu ke atas).
Jadi melalui peristiwa ini, afdal ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam solat istisyhqot, semasa berdoa apabila sampai sahaja pada ayat doa untuk minta tolak bala maka terbalikkan tangan sebagai isyarat menolak bala.


(2)Hukum duduk bersandar pada tiang atau dinding masjid atau surau.

Maka jawabnya boleh kerana ada sahabat Nabi S.A.W. yang bersandar, yang tidak bolehnya apabila kita melunjurkan kaki atau meluruskan kaki kita itu kehadapan apabila kita sedang duduk sehingga menyebabkan orang tidak dapat duduk atau beribadat kerana kaki kita itu.
Duduk yang paling afdol sunnah Nabi S.A.W. ialah duduk tahiyyat awal, duduk yang makruh ialah apabila kita angkat lutut dua kaki kemudian dipeluk kaki itu maka duduk seperti ini adalah makruh.
Bersandar sebab letih adalah boleh kerana ada sahabat yang solat dalam keadaan bersandar.Yang tidak bolehnya apabila menjadikan adab apabila masuk sahaja masjid terus cari dinding untuk bersandar, jadi kalau nak bersandar hendaklah kerana terlalu lenguh atau letih, janganlah jadikan bersandar di dinding atau tiang masjid sebagai adab apabila berada di dalam masjid.


(3) apakah hukum suami ambil duit isteri tanpa pengetahuan isterinya?

Hukum mengambil duit isteri tanpa izin adalah tidak harus dan dikira sebagai mencuri disisi syarak.


(4)Tempoh ibu menyusukan anak.

Maka jawabnya menyusu sampai bila-bila pun tidak mengapa, cuma masa untuk menyusu itu yang telah dinyatakan dalam al-Quran adalah 2 tahun, apabila lebih 2 tahun maka bolehlah diminta bayaran daripada suami untuk membeli makanan anak , bukan maknanya haram menyusu anak selepas 2 tahun.


(5) hukum membuka baju&memakai seluar pendek sesama lelaki

Maka jawabnya Nabi saw bersabda dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud :
"Aurat orang lelaki beriman ialah barang antara pusat dan lututnya."
Dan dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Dan tiada harus lelaki memandang kepad aurat lelaki."
Maka daripada hadith ini jelas haram lelaki mekakai seluar pendek dihadapan sama lelaki hingga kelihatan suratnya yaitu anggota antara pusat dan lutunya.
Makruh lelaki membuka bajunya dihadapan sesama lelaki melainkan sebab sangat berhajat. Maksud sangat berhajat ini ialah apabia berada dalam keadaan tersangat panas atau sebagainya. Maksudnya berada dalam keadaan yang sangat memerlukan untuk membuka baju..

Dipetik dari RAIHAN CREWS

2 comments:

  1. salam....tapak tangan yg putih mengadap kebawah.....still mengadap ke kita.....bukannya terbalikkan tapak tangan....tak gitu admin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. " maksudnya tapak tangan iaitu yang berwarna putih menghadap ke bawah dan bahagian belakang tangan menghadap ke langit iaitu ke atas "

      Delete