Monday, October 19, 2009

Hukum Baju Lengan Pendek Semasa Solat Dan Lain2

1)Pakaian ketika menunaikan solat

Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakai baju yang pelik-pelik, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah.
Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.
Kalau pakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yang pelik, haram juga kata setengah ulama’ kerana menimbulkan fitnah seperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan baju hujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.


(2) Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak

Maka jawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggu sehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran, tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanam abu itu cuma sunat ditanam.


(3) Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakan kalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya.

Maka jawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhur dan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempat solat asar maka wajib qada solat asar.


(4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju

Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.
Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.
Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkan kain di atas bahu.
Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku.
Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.


Dipetik dari RAIHAN CREWS

No comments:

Post a Comment