Monday, October 19, 2009

Hukum Baju Lengan Pendek Semasa Solat Dan Lain2

1)Pakaian ketika menunaikan solat

Maka jawabnya tidak pun disyaratkan apa-apa pakaian, semua boleh asalkan menutup aurat. Yang sunnahnya ialah jubah dan gamis. Tapi bila pakai baju yang pelik-pelik, dilaranglah oleh agama kerana menimbulkan fitnah.
Contohnya pakai baju yang ada tulisan hukumnya makruh, baju yang ada gambar orang yang sedang bercium hukumnya haramlah pulak.
Kalau pakai baju yang bukan bertulis dan bergambar tapi berpakaian yang pelik, haram juga kata setengah ulama’ kerana menimbulkan fitnah seperti tok imam solat tidak pakai kopiah tapi pakai helmet dengan baju hujan, walaupun sah solatnya tapi menimbulkan fitnah.


(2) Cara untuk melupuskan al-quran yang telah rosak

Maka jawabnya cara terbaik sekarang ialah dibakar, dibakar kemudian ditunggu sehingga dibakar keseluruhannya, apabila dibakar hilang rupa al-Quran, tiada suratan maka tiada lagi hukum al-Quran, tidaklah wajib ditanam abu itu cuma sunat ditanam.


(3) Masalah qada solat bagi wanita yang haid, ada ustaz yang mengatakan kalau suci dalam waktu maghrib maka mesti qada 2 solat yang sebelumnya.

Maka jawabnya kalau suci dalam waktu maghrib jadi tidak perlu diqada zuhur dan asar melainkan kalau suci dalam waktu asar tetapi tidak sempat solat asar maka wajib qada solat asar.


(4)Hukum solat memakai baju lengan pendek atau melipat lengan baju

Maka jawabnya tidak ada sebarang hadis yang menyatakan hukum memakai lengan pendek, ini hanyalah adab-adab solat. Yang paling afdol solat dengan berlengan panjang.
Sebab itu setengah pendapat-pendapat yang mengatakan makruh itu bukan daripada nas, itu hanyalah pandangan dari tok2 guru kita yang menitik beratkan adab, yang memakai lengan pendek itu tidak menyalahi peraturan sebenarnya Cuma adab-adab solat, lebih elok berlengan panjang.
Tidak ada ulama’ yang fatwa haram atau tidak sah solat bila berlengan pendek, bahkan ada di kalangan sahabat yang tidak memakai baju Cuma meletakkkan kain di atas bahu.
Berkaitan dengan berlengan panjang tapi melipatkannya pula menjadi lengan pendek semasa solat, maka jawabnya ini pendapat ulama’- ulama’ mengatakan makruh kerana qias dengan hadis mengikat rambut semasa solat. Nabi bersabda “siapa yang solat hendaklah dia melepaskan ikatan rambutnya”. Supaya semasa kita sujud, rambut itu tidak terikat kerana rambut itu juga mahu sujud sama, kata Rasulullah rambut- rambut ini ingin sujud juga, jadi bila diikat rambut itu, rambut tidak dapat bergerak , seolah-olah kaku.
Nabi tidak sebut mengenai melipat lengan baju jadi ulama’ qias dengan hadis ikat rambut itu dengan mellipat lengan baju semasa solat, jadi ulama’ kata bila kita solat lengan baju ini dilipat jadi lengan baju tidak bergeraklah.
Sebaiknya semasa mahu solat dibuka lipatan lengan baju itu.


Dipetik dari RAIHAN CREWS

Hukum Terbalikkan Tangan Sewaktu Berdoa Dan Lain-Lain

1)Pernah kita lihat ada orang yang terbalikkan tangannya semasa berdoa sebagai tanda menolak bala, adakah amalan ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.?

Maka jawabnya berlaku 2 persoalan dalam masalah ini, yang pertama pernahkah Nabi S.A.W. terbalikkan tangan semasa sampai pada ayat doa untuk menolak bala?
Dan persoalan yang kedua, adakah dibolehkan terbalikkan tangan sebagai isyarat untuk menolak bala? kerana ada perkara yang Nabi S.A.W. tidak buat tapi kita boleh buat. Contohnya mengundi ketika pilihan raya, zaman Nabi S.A.W. tiada mengundi seperti pilihan raya sekarang ini, jadi waijb atau tidak kita mengundi? Maka jawabnya hukum mengundi adalah wajib. Ana bagitahu ini kerana ada orang yang berkefahaman atau berfikir kalau Nabi S.A.W. tak buat kita tak boleh buat. Kita sekarang kena belajar, jangan ikut orang sahaja, ada perkara Nabi S.A.W. tak pernah buat tapi kita boleh buat.
Mengenai persoalan ini terbalikkan tangan ini, jadi jawabnya satu sahaja yang datang dari hadis sahih, Nabi Muhammad S.A.W. terbalikkan tangannya HANYA ketika peristiwa solat istiyshqot iaitu solat minta hujan (boleh rujuk sahih muslim dan kitab seumpamanya) kerana kemarau terlalu teruk waktu itu, maka apabila sampai separuh doa, Nabi Muhammad S.A.W. telah terbalikkan tangan terang-terang atau jelas-jelas di hadapan sahabat iaitu bahagian zahir tangan itu menghadap ke langit (maksudnya tapak tangan iaitu yang berwarna putih menghadap ke bawah dan bahagian belakang tangan menghadap ke langit iaitu ke atas).
Jadi melalui peristiwa ini, afdal ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam solat istisyhqot, semasa berdoa apabila sampai sahaja pada ayat doa untuk minta tolak bala maka terbalikkan tangan sebagai isyarat menolak bala.


(2)Hukum duduk bersandar pada tiang atau dinding masjid atau surau.

Maka jawabnya boleh kerana ada sahabat Nabi S.A.W. yang bersandar, yang tidak bolehnya apabila kita melunjurkan kaki atau meluruskan kaki kita itu kehadapan apabila kita sedang duduk sehingga menyebabkan orang tidak dapat duduk atau beribadat kerana kaki kita itu.
Duduk yang paling afdol sunnah Nabi S.A.W. ialah duduk tahiyyat awal, duduk yang makruh ialah apabila kita angkat lutut dua kaki kemudian dipeluk kaki itu maka duduk seperti ini adalah makruh.
Bersandar sebab letih adalah boleh kerana ada sahabat yang solat dalam keadaan bersandar.Yang tidak bolehnya apabila menjadikan adab apabila masuk sahaja masjid terus cari dinding untuk bersandar, jadi kalau nak bersandar hendaklah kerana terlalu lenguh atau letih, janganlah jadikan bersandar di dinding atau tiang masjid sebagai adab apabila berada di dalam masjid.


(3) apakah hukum suami ambil duit isteri tanpa pengetahuan isterinya?

Hukum mengambil duit isteri tanpa izin adalah tidak harus dan dikira sebagai mencuri disisi syarak.


(4)Tempoh ibu menyusukan anak.

Maka jawabnya menyusu sampai bila-bila pun tidak mengapa, cuma masa untuk menyusu itu yang telah dinyatakan dalam al-Quran adalah 2 tahun, apabila lebih 2 tahun maka bolehlah diminta bayaran daripada suami untuk membeli makanan anak , bukan maknanya haram menyusu anak selepas 2 tahun.


(5) hukum membuka baju&memakai seluar pendek sesama lelaki

Maka jawabnya Nabi saw bersabda dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud :
"Aurat orang lelaki beriman ialah barang antara pusat dan lututnya."
Dan dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Dan tiada harus lelaki memandang kepad aurat lelaki."
Maka daripada hadith ini jelas haram lelaki mekakai seluar pendek dihadapan sama lelaki hingga kelihatan suratnya yaitu anggota antara pusat dan lutunya.
Makruh lelaki membuka bajunya dihadapan sesama lelaki melainkan sebab sangat berhajat. Maksud sangat berhajat ini ialah apabia berada dalam keadaan tersangat panas atau sebagainya. Maksudnya berada dalam keadaan yang sangat memerlukan untuk membuka baju..

Dipetik dari RAIHAN CREWS

Thursday, October 15, 2009

Nukilan Khas Untuk Orang INDONESIA

Datang ke KL secara haram
Di dalam bot dan Gudang Garam
Di panggil sebagai Pendatang Haram
Membuat onar menimbul geram

Jawa mandi terlondeh batik
Batang berjuntai si buah betik
Perampok nya jenis lelaki pendek
Parang kontot mati terkedek

Polis dan RELA beraksi malam
Kongsi diserbu gelap berbalam
Indon terkejut terkencing tilam
Lari telanjang tak berseluar dalam

Tuesday, October 13, 2009

Akhil Hayy - Doa Taubat

Yoga Dan Penggunaannya

Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Pengerusinya Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.

“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt 2008 lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.

Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.

Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

Aeman - Anak Soleh

Hukum Memakai Inai, Inai Berukir Di Laknat ALLAH

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala sama ada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu’ berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, “Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian.” (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma’rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah .a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

1. Dari Ibnu Umar ra katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Respons terhadap pandangan Mufti Perlis mengenai hukum memberi dan menjawab salam kepada bukan islam

Saya merujuk kepada tulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disiarkan di Berita Harian pada 24 Mac 2007 di bawah tajuk ‘Enggan Jawab Salam Guris Wajah Islam’. Saya seperti terpanggil untuk memberi respons terhadap isu yang dibangkitkan. Terdapat beberapa kekeliruan yang timbul dari tulisan beliau walaupun dikatakan ia dipenuhi fakta dan hujah untuk membuktikan bahawa hukum memberi salam kepada bukan Islam adalah harus bahkan wajib. Yang agak menyedihkan ialah tulisan beliau telah dimulai dengan sindiran sinis terhadap golongan yang tidak sependapat dengan beliau dan dilabel sebagai golongan agama konservatif yang jumud. Kita hairan dengan tuduhan seperti ini kerana dalam tulisannya, Dr Mohd Asri sendiri tidak menafikan perbezaan pendapat para ulama’ mengenai masalah ini.

Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, saya membawa sebuah hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang maksudnya; “Dari Wabisat bin Ma’bad (radiallahua’anh) katanya: Aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia bertanya; Kamu datang bertanya dari hal kebaikan? Aku menjawab: Ya! Ia berkata: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan dirimu kepadanya dan mententeramkan hati. Dan dosa itu ialah apa bergetar dalam hati dan ragu dalam dada, sekalipun manusia yang berfatwa telah memberi fatwa kepadamu.” (Hadis Ahmad dan ad-Darimi dengan sanad ‘hasan’)

Dalam membuktikan keharusan atau kewajipan menjawab salam bukan Islam, Dr Mohd Asri telah memetik pandangan al-Imam Ibn Qayyim (rahimahullah) dan membahaskan hadis-hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan beberapa ayat suci al-Qur’an. Saya nyatakan semula hadis-hadis tersebut bagi tujuan rujukan dan perbahasan.

HADIS

Pertama: Riwayat Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah Kata al-Auza’i, “Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka golongan soleh yang lain”. (Zad al-Maad, 2/425-426).

Kedua: “Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) lalu dalam satu majlis yang bercampur antara Muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua.” (Ibid)

Ketiga: Kata-kata Ibn Abbas “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya dari surah an-Nisa’ ayat 86) “Dan apabila diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad dengan sanad ‘hasan’, Bab Menjawab Salam Kafir Zimmi)

Keempat: Abu Musa al-Asya’ri menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir? Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”. (Ibid, Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya).

AL-QUR’AN

Pertama: Surah al-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberi sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani (rahimahullah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan ke atas kamu). Inilah kezaliman yang nyata”.

Daripada fakta-fakta di atas, Dr Mohd Asri membuat kesimpulan, “... Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah satu kewajipan dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.”

ULASAN DAN PERBAHASAN

1. Dalam membahaskan dalil-dalil di atas, kita hendaklah mengikut kaedah dan usul al-Qur’an dan hadis yang betul. Dari segi matan (teks) al-Qur’an dan hadis yang dijadikan dalil tidak ada satu pun bukti bagaimana bentuk penghormatan atau salam diterangkan. Maka, di sinilah punca perselisihan di kalangan para ulama’. Di dalam tulisan Dr Mohd Asri sendiri tidak menyatakan bagaimanakah ucapan yang diharuskan untuk memberi dan menjawab salam bukan Islam. Kita ingin bertanya bagaimanakah bentuk dan caranya berdasarkan nas al-Qur’an dan hadis itu? Adakah ianya hanya ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat sejahtera’ dan adakah boleh kita memberi salam dengan kalimah assalamu ’alaikum, assalamu ‘alaikum warahmatullah atau assalamu ‘alaikum warahmatullahhi wabarakatuh’?

2. Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan larangan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam seperti berikut: -

Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)

Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali. Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22). Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan.

Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja. (Tafsir al-Mazhari, 2/175)

3. Tidak dinafikan daripada hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh Dr Mohd Asri seakan-akan ada bukti keharusan memberi dan menjawab salam kepada bukan Islam tetapi malangnya ia terlalu umum dan menimbulkan pelbagai tafsiran. Setiap yang umum memerlukan bukti yang jelas bagi menjadikan ianya khusus. Apabila tiada bukti yang jelas, maka kita perlu melihat kepada hadis lain yang menerangkan maksud tersebut. Ini adalah petunjuk yang benar bagi mengelakkan fatwa yang mengelirukan.

4. Hadis yang menunjukkan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberi salam kepada satu majlis yang bercampur di antara Muslim dan orang kafir sebenarnya salam itu ditujukan kepada orang Islam yang ada di majlis tersebut. Kefahaman ini sejajar dengan maksud hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang melarang kita memulakan salam kepada bukan Islam seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di atas.

Berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas (radiallahua’anh) yang menyuruh orang Islam menjawab salam orang kafir dari kalangan Yahudi, Kristian dan Majusi, pertamanya riwayat ini tidak menerangkan bagaimanakah caranya. Jika benar sekalipun riwayat ini boleh dijadikan hujah, kita hendaklah menilainya berdasarkan satu kaedah bahawa apabila amalan sahabat (radiallahua’anh) bertentangan dengan sabdaan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang berbentuk perintah, maka hadis perintah hendaklah didahulukan dan diutamakan.

5. Ayat 86 surah an-Nisa’ yang menjadi dalil boleh menjawab salam dengan cara yang lebih baik atau cara yang sama hendaklah difahami bahawa ia merujuk kepada ucapan salam sesama Islam. Mengikut usul al-Qur’an, ayat-ayat seperti ini perlu ditafsir seperti berikut:-

Pertama: Apakah kewujudan hukum memberi salam kepada bukan Islam di dalam ayat tersebut bersifat ibāratun nash (hitam putih nas) atau dalālatun nash (petunjuk nas) atau isyāratun nash (isyarat nas)? Dan kalau ia wujud, adakah ia mutabaqah atau tadammuni atau al-iltizam sahaja?

Kedua: Perkataan penghormatan yang digunakan dalam ayat 86 surah al-Nisa’ adalah ‘tahiyyah’ (waizaa huyyitum bitahiyyatin). Perkataan ini berasal dari ucapan atau doa orang-orang Arab di antara sesama mereka sebelum datangnya Islam seperti ucapan ‘hayyakallah’ (moga panjang umur) atau seumpamanya. Apabila Islam datang, ucapan seperti ini telah dilarang dan diganti dengan ucapan salam yang hanya diucapkan sesama Islam. (Tafsir al-Mazhari, 2/175 )

Seterusnya, saya ingin bertanya apakah perkataan “tum” (kamu) dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada ‘nau’iyyah’, ‘jinsiyyah’ atau ‘istighraqiyyah’? Ayat ini sebenarnya merujuk kepada ‘nau’ iyyah’ kerana perbuatan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang tidak memberi salam kepada bukan Islam. Dalil-dalil yang yang ada tidak mencukupi bagi ianya merujuk kepada ‘jinsiyyah’ atau pun ‘istighraqiyyah’.

6. Tafsiran Syeikh Al-Albani (rahimahullah) terhadap ayat 8-9 surah al-Mumtahanah juga kurang tepat dan agak mengelirukan. Sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab tafsir, ayat ini sebenarnya mempunyai asbābun nuzul (sebab kenapa ayat itu diturunkan) yang tersendiri dan tiada langsung berkaitan dengan hukum memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam. Kaedah qiyas yang dilakukan oleh al-Albani berhubung menjawab salam bukan Islam juga menyimpang dan tersasar. Pandangan Syeikh al-Albani atau sesiapapun tidak semesti menjadi hujah yang benar melainkan pandangan mereka menepati kaedah dan disiplin ilmu yang diterima dan disepakati oleh ahli-ahli ilmu yang berautoriti dan berkelayakan.

7. Memberi salam bermakna kita mendoakan seseorang. Memberi dan menjawab salam ada hubung kaitnya dengan urusan pahala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (radiallahua’anh) yang bermaksud:

“Seorang lelaki melintasi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sewaktu baginda duduk bersama beberapa orang yang lain dan berkata “Salaamu ‘alaikum (salam sejahtera ke atas kamu). Rasulullah bersabda: Dia mendapat sepuluh kebaikan (ganjaran). Lelaki lain melintas dan berkata: Salaamu ‘alaikum warahmatullah (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) dua puluh kebaikan. Lelaki lain melintas dan berkata “Salaamu ‘alikum warahmatullahi wabarakatuh” (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah dan berkat daripada Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) tiga puluh kebaikan.” (Hadis Bukhari, al-Nasaai dan Ibn Hibban)

Persoalannya, adakah doa orang bukan Islam diterima di sisi Allah (subhanahu wata’ala)? Dan bagaimana pula kedudukan doa kita kepada orang bukan Islam tersebut? Bagaimana pula maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (radiallahua’anh) di atas dapat disesuaikan bagi menentukan peringkat-peringkat pembahagian pahala dalam hal seperti ini? Semuanya itu memerlukan penjelasan. Dalam al-Qur’an, Allah (subhanahu wata’ala) berfirman yang maksudnya:

“..Dan tiadalah ibadah dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan” (Surah ar-Ra’d ayat 14)

8. As-Salaam adalah di antara nama-nama Allah yang Mulia. Malahan, salah satu daripada nama syurga juga merujuk kepada kalimah as-Salam iaitu Darul as-Salam (rumah yang sejahtera). Ucapan salam ini adalah ucapan penghormatan dari Allah (subhanahu wata’ala) kepada hamba-hambanya yang berjaya di dalam syurga nanti. Ucapan ini juga diucapkan oleh para malaikat, para rasul, para penghuni syurga dan di kalangan orang-orang yang beriman di muka bumi ini. Ucapan yang semulia itu tidak sepatutnya diguna secara sewenang-wenangnya kerana dibimbangi boleh dipermain-mainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kata guru saya, jika bukan Islam memberi salam, jawablah ‘hadakallah’ (moga Allah beri petunjuk kepada kamu (masuk Islam)). Pengalaman saya apabila disebut perkataan ini, mereka tidak berani menyebutnya lagi kerana sebenarnya mereka tidak berminat pun kepada Islam. Allamah Ibn Abidin (rahimahullah) menyatakan bahawa boleh dijawab salam bukan Islam dengan ucapan ‘assalamu ala man ittaba’a al-huda’ (sejahtera ke atas mereka yang telah diberi petunjuk) (Radd Mukhtar ala al-Durr al-Mukhtar, 6/412)

9. Berhubung dengan keharusan menjawab salam orang bukan Islam yang tergolong dalam kafir zimmi, kita ingin bertanyakan kepada Dr Mohd Asri apakah tafsiran beliau terhadap kafir zimmi dan kafir harbi serta apakah ciri-ciri mereka yang sebenarnya? Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 di atas dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-

(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,

(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan

(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam

Mereka dikenali dengan kafir zimmi kerana bersetuju membayar jizyah kepada negara Islam yang memelihara dan melindungi kehidupan, kehormatan dan harta benda mereka. Persoalannya, apakah orang bukan Islam di negara ini menepati ciri-ciri tersebut? Kita sedia maklum, mereka terlibat secara langsung dalam urusan pemerintahan dan mempunyai hak yang sama seperti orang Islam dalam merebut kuasa politik. Berdasarkan perlembagaan, mereka juga boleh memerintah dan boleh menjadi ketua negara. Mungkin ada yang beralasan mereka tidak semua seperti itu, tetapi saya katakan mereka semuanya sama dari sudut perundangan dan di dalam menuntut hak.

Janganlah kerana satu atau dua peristiwa apabila kita menjawab salam bukan Islam menyebabkan orang bukan Islam itu menganut Islam maka kita terus meninggalkan nas-nas yang jelas wujudnya larangan tersebut semata-mata di atas alasan mahu melihat imej Islam lebih cantik. Sebenarnya masih banyak lagi cara lain yang boleh kita berikan penghormatan kepada mereka sebagai ganti ucapan salam itu. Bukankah bahasa ini luas?


Di petik dari nasbunnuraini.files.wordpress.com

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka